Sejarah penubuhan PID bermula tahun 2000

Pengenalan

PID merupakan satu projek di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) dan kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)

Projek ini bermula pada tahun 2000 dengan 2 PID (PID Sungai Air Tawar dan PID Kota Marudu) sebagai perintis. 
Pada 2003, bilangan PID mula ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 42 buah diseluruh negara.

PID dibina dengan kerjasama Pos Malaysia yang bekerjasama menyediakan bangunan bersebelahan (annex) di Cawangan Pos terpilih

Visi

  • Merapatkan jurang digital

  • Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan berteraskan ICT


Misi

  • Memberikan latihan asas ICT secara percuma kepada komuniti setempat

  • Peneraju mengupayakan komuniti dengan penggunaan ICT ke arah merapatkan jurang digital dan meningkatkan daya saing negara bagi mencapai matlamat wawasan dan gagasan Malaysia


Objektif

  • Meningkatkan kadar celik IT di kalangan masyarakat luar bandar

  • Menyediakan latihan asas dan khidmat nasihat ICT

  • Membangunkan kandungan tempatan

  • Merapatkan masyarakat dengan informasi, komunikasi dan teknologi

  • Memaksimakan jaringan penyebaran maklumat tanpa sempadan

  • Memaksima dan membudayakana penggunaan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup

  • Membekalkan kemudahan dan maklumat ICT

  • Berusaha ke arah kelestarian


Fasiliti yang disediakan

  • Komputer – 5 unit

  • Pencetak – 2 unit

  • Pengimbas – 1 unit

  • Kamera digital – 1 unit

  • Talian dial up internet – 512 kbps

 
Pengurusan PID

Seorang penyelia (ijazah) dan penolong penyelia (diploma) dilantik untuk menguruskan setiap PID

Perjawatan

  • 2003 – 2005 – Pekerja Sambilan Harian (PSH)

  • 2005 – 2010 – Contract of Service (CoS)

  • 2010 – 2011 – Contract for Service (CfS)

  • 2012 – sekarang – Contract of service (CoS) - pelantikan dibuat melalui kelulusan JPA secara tahunan.


Operasi PID

  • PID menyediakan kelas asas ICT kepada komuniti :

    • Pengenalan kepada Komputer

    • Asas Microsoft Office (word, excel, powerpoint)

    • Internet dan emel

  • PID memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada komuniti

  • Membangunkan kandungan tempatan (local content) melalui minisite PID

  • Mulai 2003 sehingga 2007,  operasi PID dipantau oleh sebuah syarikat (Medan Sedunia Digital – MSD) yang telah dilantik oleh KTAK

  • Setiap laporan mingguan dan bulanan dikumpulkan oleh pihak MSD

  • Pelbagai akitiviti bersama komuniti juga telah dirangka bagi menghebahkan peranan dan fungsi PID kepada komuniti

  • PID juga digalakkan melatih usahawan kemahiran asas ICT.


PID DI TAHUN 2008

  • Mulai 2008, operasi PID dipantau oleh syarikat baru yang dilantik (Warisan Global Sdn. Bhd.). PID maju setapak lagi dalam usaha membangunkan komuniti setempat melalui ICT dan wujudlah PID 2.0 – ke arah melahirkan ‘learning and network communities’

  • Perkhidmatan PID diperluas melalui kepelbagaian kursus-kursus komputer seperti

         –   Bengkel Web 2.0 ( Facebook, Flickr, Blog, youtube, wikipedia)
         –   Bengkel Multimedia (Photoshop, Digital Story Telling)
         –   Bengkel e-Kerajaan
         –   Bengkel Keusahawanan
         –   Portal PID

Kelab Usahawan Sosial PID (KUSPID)
  • Mulai 2008, setiap PID telah diperkenalkan dengan konsep keusahawanan sosial.  Latihan keusahawanan diberikan melalui beberapa siri ‘capacity building’ oleh pihak Warisan Global.

  • Warga PID dilatih agar dapat menjadikan PID itu sendiri lestari (sustain).

  • Maka dengan ini lahirlah KUSPID yang  merupakan salah satu inisiatif ke arah kelestarian

  • Setiap PID juga dikehendaki menubuhkan Kelab Usahawan Sosial PID (KUSPID) sebagai satu usaha membantu dan melahirkan usahawan baru di kalangan penduduk tempatan. Dalam konteks ini, penyelia PID dianggap sebagai motivator dan fasilitator kepada usahawan baru.

  • PID juga dikehendaki membuat hubungan baik dengan agensi kerajaan seperti MARA, FAMA, MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan haiwan dan lain-laian bagi mendapatkan maklumat untuk disalurkan kepada komuniti.

  • Pada 2008 juga, PID terlibat dengan konvensyen antarabangsa iaitu eAsia 2008 bertempat di KLCC. Banyak negara-negara terlibat dalam konvensyen tersebut. Beberapa delegasi dari luar juga turut sama dibawa melawat PID yang merupakan salah satu model perintis telecenter yang berjaya di Malaysia.

 
Global Entreprenuership Week (GEW)2008
  • Pada tahun 2008 PID turut sama menjayakan GEW secara serentak bersama lebih 80 buah negara dengan pelbagai aktiviti ICT dan Keusahawanan di PID masing-masing selama seminggu.

  • Acara kemuncak GEW turut disambut dengan mengadakan karnival ICT dan Usahawan yang mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti


PID DI TAHUN 2012

  • Tahun Julai 2012 merupakan satu titik tolak ke arah penstrukturan semula projek PID dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

  • Pelantikan pegawai PID adalah melalui kelulusan JPA dengan taraf perjawatan ‘contract of service’.

  • PID dibahagikan kepada 10 zon dan diketuai oleh seorang ketua zon. Setiap zon akan ditempatkan juruk teknikomputer dan pembantu tadbir. PID pula hanya akan diuruskan oleh seorang pengurus (F29) sahaja.

  • Semua program/aktiviti akan dipantau terus oleh pihak kementerian.

  • Tiada syarikat konsultasi yang dilantik.

  • Penetapan Sasaran Kerja Tahunan yang seragam bagi setiap pegawai juga telah dilaksanakan agar pemantauan PID lebih teratur dan sistematik oleh pihak kementerian


AJK PID 

AJK PID dipilih dikalangan komuniti setempat untuk membantu menjalankan program-program di PID.

** AJK PID Kuala Balah Tahun 2015

Jawatankuasa PID

Jawatankuasa telah diperkenalkan pada november 2014. Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi bagi memantau pelaksanaan jawatankuasa masing.

Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk:

  • Memastikan setiap urusan PID lebih teratur dan tersusun

  • Menjadikan PID sebuah telecenter yang lebih dinamik dan berdaya saing

  • Memantau perjalanan/operasi PID secara menyeluruh

  • Membantu PID yang kurang menyerlah

  • Meningkatkan prestasi kerja warga PID

  • Memastikan PID bergerak menuju ke arah halatuju yang telah ditetapkan


(1) Jawatankuasa Publisiti dan Promosi

  • Setiap PID perlu/wajib menggantung banner di dalam kawasan pos

  • Mengedarkan pamplet dan flyers melalui sisipan surat khabar, khidmat posmen, pasar tani, sekolah dan lain-lain•       Membuat pengumuman sewaktu mesyuarat (JKKK, Felda, agensi Kerajaan, Komuniti 1Malaysia) dan majlis-majlis rasmi 

  • Membuat 1 FB page bagi setiap PID

  • Hebahan melalui radio tempatan khususnya bagi negeri Sabah dan Sarawak

  • Memasukkan segala aktiviti dan perancangan aktiviti PID di dalam akhbar Sinar Harian (Tempatan)

  • Menyediakan buku program bagi setiap PID


(2) Jawatankuasa Kekemasan dan Keceriaan PID

  • Melaksanakan konsep 5s di 42 PID

  • Mengadakan pertandingan ‘5s award’ bagi memastikan setiap PID berada dalam keadaan kemas, teratur dan ceria

  • Mengadakan gotong-royong perdana setiap bulan

  • Menyediakan jadual pergerakan pegawai N17 dalam melaksanakan 5s di setiap PID

 
(3) Jawatankuasa Standard, SOP, Kualiti dan Pematuhan PID

  • Menetapkan semula visi, misi dan objektif PID

  • Menyeragamkan piagam pelanggan PID

  • Menyediakan skop kerja bagi setiap skim

  • Menyediakan carta alir operasi PID/pendaftaran peserta kursus

  • Menyenaraikan aset PID

  • Membuat fail meja bagi setiap pegawai

  • Memastikan setiap PID mempunyai fail perintah am


(4) Jawatankuasa semakan silibus

  • Menyelaras modul-modul pembelajaran di PID

  • Membahagikan tugas-tugas penyediaan modul-modul baru mengikut zon dan mengikut kepakaran pegawai

  • Setiap pegawai juga digalakkan membangunkan modul-modul baru seperti mobile apps, web development, CMS

  • Setiap modul akan dimasukkan ke dalam google drive yang mana setiap PID boleh retreive modul tersebut pada bila-bila masa

 
(5) Jawatankuasa Photography/Media/Bahan Storan

  • Mewujudkan 1 userID di Youtube

  • Menghasilak trailer PID

  • Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan

  • Mengadakan sesi/kursus pembangunan kandungan tempatan untuk warga pid


(6) Jawatankuasa usaha ke arah kelestarian PID

  • Mengadakan perkhidmatan PID bagi menampung kos operasi di PID contohnya upah menaip, scan, faks, dll

  • Menjadikan PID pusat percetakan seperti banner, bunting, kad kahwin dll

  • Menjadikan PID sebagai hub produk kampung dan pelancongan


(7) Jawatankuasa kebajikan warga PID dan alumni PID/JD

  • Menubuhkan tabung kebajikan PID/JD mulai 1 Januari 2015

  • Setiap PID perlu menderma RM 10 setiap bulan ke dalam tabung PID mulai 1 januari 2015

  • Setiap ketua zon perlu menderma RM 10 ke dalam tabung PID mulai 1 januari 2015

  • Mewujudkan alumni PID/JD


(8) Jawatankuasa Portal PID dan inisiatif kreatif dan inovasi

  • Membangunkan 1 portal PID

  • Mendapatkan sumbangan hosting dan domain daripada mynic

  • Membuat link kepada setiap mini site PID

  • Mempunyai column online buletin PID

  • Mempunyai direktori usahawan

  • Pembangunan local content

  • Memastikan setiap PID aktif dalam mengemaskini laman web masing-masing

  • Mengadakan PID Award bagi meningkatkan motivasi pegawai PID melaksanakan tugas/program PID